Penduduk Rumah Linggong Terima Bantuan Makanan

KHAMIS, 18 MAC 2021

JULAU: Penduduk Rumah Linggong di Lepong Lengai Manis, Entabai Julau yang menjalani perintah sekatan pergerakan telah menerima bantuan makanan.

Jabatan Kebajikan Daerah Julau bertanggungjawab menyelaras penghantaran bantuan itu untuk meringankan beban penduduk yang sedang menjalani tempoh kuarantin.

Penghantaran bantuan tersebut turut melibatkan anggota Bomba dan diserahkan kepada ketua isi rumah.

Sementara itu, pihak bomba telah menjalankan operasi sanitasi di rumah panjang tersebut. -EDISI UKAS

Share

add comment