Projek Bina Baharu Dewan Kampung Lubok Manta Berjalan Lancar

KHAMIS, 18 MAC 2021

SEBUYAU: Menteri Muda Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi pada Rabu meluangkan masa meninjau Projek Bina Baharu Dewan Kampung Lubok Manta.

Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Sebuyau itu melibatkan peruntukan sebanyak RM400,000.

Tinjauan tersebut bagi memantau perkembangan kerja-kerja pembinaan di bawah seliaan Syarikat Setia Jaya yang telah siap hampir 30 peratus dan dijangka siap pada 7 Ogos 2021.

Datuk Julaihi dalam pada itu berpuas hati dengan pelaksanaan kerja yang telah dilakukan oleh pihak kontraktor. – EDISI UKAS

Share

add comment