15 Rumah Panjang Terima Geran MRP ADUN Kabong

JUMAAT, 19 MAC 2021

KABONG: Sebanyak 15 buah rumah panjang menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) ADUN Kabong, Mohd Chee Kadir yang disampaikan pada Jumaat.

Penyerahan geran ini diadakan di Pusat Khidmat ADUN Kabong secara berperingkat kerana akur kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) ekoran penularan pandemik COVID-19.

Terdahulu, Mohd Chee mempengerusikan Randau Bersama Ketua Masyarakat (Rumah Panjang) disusuli Majlis Penyerahan Geran MRP.

Beliau menegaskan akan terus memberikan komitmen membantu semua penduduk di kawasan DUN Kabong terutama kepada 50 buah rumah panjang di kawasannya walaupun tidak dapat bersemuka.

Pada masa sama, beliau menyarankan kepada semua KMKK di seluruh Kabong untuk menyeru individu berusia 18 tahun ke atas membuat pendaftaran imunisasi COVID-19 mengambil kira peratusan pendaftaran untuk pogram itu masih rendah di daerah itu.

Hadir sama wakil Pejabat Daerah Kabong, Ahmad Sabree Salleh. – EDISI UKAS

Share

add comment