Abdullah Saidol Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Benedict Blaki

JUMAAT, 19 MARCH 2021

BETONG: Prihatin dengan kebajikan seorang pegawai Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang menghembuskan nafas terakhir pada Khamis, Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan UKAS, Abdullah Saidol memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Benedict Blaki Lawrence Sanggat di Hospital Betong pada Jumaat.

Abdullah Saidol bersama Pengarah UKAS, Samat Junai meluangkan masa menziarahi keluarga mendiang dan tidak dapat memberi memberi penghormatan terakhir di rumah panjang atas nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mendiang Benedict Blaki, 56, yang bertugas di Bahagian Betong disahkan meninggal dunia pada Khamis dan meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan.

Sebelum berkhidmat dengan UKAS, mendiang pernah berkhidmat dengan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) selama 11 tahun dari tahun 2007 sehingga 2018. -EDISI UKAS

Share

add comment