ADUN Daro Sempurna Simbolik Penyerahan Kunci PBR Di Kampung Tengah, Daro

JUMAAT, 19 MAC 2021

DARO: Kegembiraan jelas terpancar diwajah Bahiri Hamidan yang menerima bantuan rumah baharu setelah rumah lamanya di Kampung Tengah Daro musnah dalam kebakaran pada tahun lepas.

Nasib beliau telah menarik perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad dengan membantu mengusahakan Projek Bantuan Rumah (PBR) untuk membina kediaman yang selesa kepada mereka sekeluarga.

Semasa simbolik Penyerahan Kunci Rumah PBR kepada Bahiri, Safiee berharap sumbangan daripada Kerajaan Sarawak itu dapat meringankan beban Bahiri sekeluarga yang sebelum ini menumpang di rumah anaknya.

Sementara itu, Bahiri turut merakamkan penghargaan di atas keprihatinan Safiee dan juga Kerajaan Sarawak membantu beliau mendapatkan kediaman baharu.

Pada program berasingan, Safiee menghadiri perbincangan mengenai perancangan awal berkenaan pengurusan, pelaksanaan prosedur serta peraturan peniaga Medan Selera Daro dan persiapan pembukaan Bazaar Ramadhan Daro 2021.

Perbincangan bersama Majlis Daerah Matu Daro itu turut membabitkan cadangan tapak Bazaar Ramadhan dan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diambil sekiranya dibenarkan nanti. -EDISI UKAS

Share

add comment