ADUN Kedup Tinjau Projek RTP Di Sekolah Kebangsaan Triang

JUMAAT, 19 MAC 2021

SERIAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup, Martin Ben pada Jumaat telah meninjau projek membina pondok menunggu dan pemasangan penutup parit di Sekolah Kebangsaan (SK) Triang.

Projek tersebut merupakan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi tahun 2020 yang telah dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM75,000.

Di samping itu, Martin turut memantau keadaan astaka padang sekolah tersebut yang memerlukan kerja pemasangan jubin dengan anggaran kos lebih kurang RM18,000 melalui peruntukan RTP 2021.

Dalam pada itu juga, majlis penanaman pokok telah disempurnakan oleh Martin sebagai simbolik lawatan tersebut. –EDISI UKAS

Share

add comment