ADUN Sadong Jaya Tinjau Kerja Penggalian Sungai Asal

JUMAAT, 19 MAC 2021

SADONG JAYA:  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo baru-baru ini turun padang meninjau kerja-kerja penggalian dan mendalamkan Sungai Asal di Kampung Semera.

Hasil tinjauan mendapati sebahagian projek tersebut telah menghampiri pintu air pasang surut.

Sehubungan itu, Aidel berharap projek tersebut berjalan lancar bagi menambah baik sistem pengaliran dan mengelak dari berlakunya banjir kilat di kawasan itu.

Tambahnya, projek itu juga akan memberi manfaat kepada pekebun-pekebun sayur di Kampung Semera.

Rata-rata penduduk kampung mengucapkan terima kasih atas usaha beliau dalam menyelesaikan masalah sistem perparitan dan masalah banjir kilat di kawasan ini.-EDISI UKAS

Share

add comment