ADUN Sebuyau Rasmi Projek Jalan Kampung Lubok Manta Atas

JUMAAT, 19 MAC 2021

SEBUYAU : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi telah merasmikan Jalan Kampung Lubok Manta Atas,Tungkah Sebangan, pada Jumaat.

Projek jalan sepanjang 800 meter tersebut memakan  kos sebanyak RM500,000 dibawah peruntukan Kerajaan Sarawak.

Beliau dalam pada itu turut memaklumkan, peruntukan tambahan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2021  berjumlah RM150,000 kepada Kampung Tungkah Lubok Manta Atas, Lubok Manta Hilir dan Lubok Manta Hilir.

Dalam masa yang sama, turut diadakan penyerahan bendera Gabungan Parti Sarawak (GPS) kepada Pengerusi Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Kampung Tungkah Lubok Manta Atas. -EDISI UKAS

Share

add comment