CCK Sumbang Bekalan Makanan Buat 324 Penduduk Asajaya

JUMAAT, 19 MAC 2021

ASAJAYA : Seramai  324 penduduk disini telah menerima bekalan makanan sumbangan Central Coldstorage Kuching Sdn Bhd (CCK) pada Khamis.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengurus Besar CCK, MD Chai kepada Penghulu Kampung Asajaya Laut, Dallan Man.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang ketika dihubungi menzahirkan penghargaan atas sumbangan tersebut dan menyifatkan bantuan sokongan tambahan itu amat bermakna buat penduduk yang kini sedang menjalani kuarantin, bagi mencukupkan lagi keperluan yang telah dihulurkan pihaknya kepada 664 keluarga pada Jumaat lepas.

Hadir sama ketika penyerahan tersebut, Ketua Kaum Kampung Asajaya Ulu,Razali Leman dan Ketua Kaum Kampung Asajaya Lot,Awang Mohd Jelan Awang Sijo -EDISI UKAS

Share

add comment