Gotong-Royong Persediaan Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Lupar

JUMAAT, 19 MAC 2021

SEBUYAU : Kakitangan Pejabat Daerah Kecil Sebuyau mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong membersih persekitaran Dewan Pembangunan Sebuyau, pada Rabu.

Gotong-royong tersebut dilakukan bagi membuat persediaan rapi sempena sambutan Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Lupar yang akan diadakan pada 23 Mac 2021 nanti.

Disamping, sebagai langkah keselamatan dan keselesaan jemputan yang akan hadir secara maya atau secara lintas lansung daripada tapak utama majlis. -EDISI UKAS

Share

add comment