Hasbi Mohon Bangunan Pejabat JPJ Dan Puspakom Di Daerah Limbang

JUMAAT, 19 MAC 2021

LIMBANG: Bahagian Limbang memerlukan perkhidmatan Cawangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi memudahkan urusan penduduk memeriksa kenderaan perdagangan sebelum melalui negara jiran Brunei Darussalam. 

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Hasbi Habibollah menjelaskan permohonan pembukaan Cawangan Puspakom di Limbang pernah dikemukakan sebelum ini tetapi tidak dapat dilaksanakan disebabkan tapaknya yang tidak luas. 

“Permohonan ini bukanlah permohonan baru kerana sebelum ini pernah diluluskan untuk Limbang, tetapi disebabkan masalah tempat ia tidak dapat dilaksanakan. Selepas itu pihak Puspakom sendiri datang ke Limbang dulu untuk membuat pemeriksaan bagi kenderaan kita di Limbang.

“Jadi, sekarang ini pun kita di Limbang memang berhasrat begitu sebab saya telah pun memohon tapak untuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Limbang di kawasan bandar baru, kita minta tapak yang agak luas sedikit supaya Puspakom suatu hari nanti Insyallah boleh berada di situ juga,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menyerahkan Bantuan Makanan Kepada Keluarga Kakitangan Penjara Limbang Yang Menjalani Arahan Kuarantin di Jabatan Penjara Malaysia pada Khamis.

Hadir sama ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, wakil Residen Bahagian Limbang Aspalela Mohd Sahmoni, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang  Said dan Pemangku Pengarah Penjara Limbang Rahim Buji. -EDISI UKAS

Share

add comment