Operasi Dewan Suarah Marudi Dan Kompleks Sukan Marudi Ditutup Untuk Sementara Untuk Orang Awam

JUMAAT, 19 MAC 2021

MARUDI: Operasi Dewan Suarah Marudi dan Kompleks Sukan Marudi ditutup sementara untuk orang awam buat masa ini. 

Menurut Pengurus Dewan Suarah Anyi Wan Ului, penutupan sementara ini berikutan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak. 

“Memandangkan kedua-dua lokasi ini adalah tumpuan masyarakat di sini untuk aktiviti sosial, pihak pengurusan mengambil langkah untuk menutup kemudahan ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat. 

“Walaupun Daerah Marudi ini berstatus hijau, amat perlu ianya dikekalkan dan menasihatkan penduduk supaya sama-sama mematuhi arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Malaysia (KKM),” katanya kepada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) menerusi hantaran ‘WhatsApps’ pada Khamis. -EDISI UKAS

Share

add comment