Pemerkasaan Komuniti Peringkat JKKK Tebedu

JUMAAT, 19 MAC 2021

TEBEDU: Kes COVID-19 telah meningkat di Serian baru-baru ini.

Menteri Pendidikan Sains Dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Amar Michael Manyin Jawong menyatakan rasa bimbang beliau ketika berucap pada perasmian Bengkel Kepolisan Komuniti di Balai Raya Kampung Kujang Mawang pada Jumaat.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru agar semua penduduk berwaspada dan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Tidak perlu pergi ke pasar Serian dan kekal di rumah kecuali adalah urusan penting,” tegas beliau.

Tambahnya lagi, semua penduduk di luar bandar jangan takut untuk menerima suntikan vaksin kerana ianya dijamin selamat.

“Sebenarnya kerajaan Sarawak mensasarkan seramai 70 peratus penduduknya mesti disuntik dan kerajaan juga bersedia membeli vaksin tambahan jika diperlukan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Tebedu turut menjelaskan tujuan program tersebut diadakan bagi memperkasa dan mendedahkan peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) membendung penularan wabak Covid-19 di kampung masing-masing. –EDISI UKAS

Share

add comment