Rumah Panjang Kampung Pa’Derung Terbakar Sepenuhnya

JUMAAT, 19 MAC 2021

MIRI: Satu kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah rumah panjang suku kaum Kelabit di Kampung Pa’Derung, Tanah Tinggi Bario telah dilaporkan pada Jumaat.

Dimaklumkan, kejadian yang dikatakan bermula sekitar jam 1 pagi itu telah memusnahkan keseluruhan rumah panjang lapan (8) pintu terbabit.

Menurut Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Marudi serta Pasukan Penyiasat Zon 6 Miri, sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalan siasatan.

Mangsa-mangsa  kebakaran kini ditempatkan di Gereja Pa’Derung. EDISI UKAS

Share

add comment