Sistem Perparitan Kampung Bumbok Akan Dibaik Pulih

JUMAAT, 19 MAC 2021

KUCHING : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu kitang, Lo Khere Chiang membuat tinjauan di kediaman Kampung Bumbok pada Khamis, berikutan laporan yang diterima berhubung masalah sistem perparitan sedia ada di kawasan itu.

Beliau bersama Pegawai Majlis Perbandaran Padawan dalam tinjauan itu mendapati, sistem perparitan di kawasan berkenaan kebanyakkannya tersumbat akibat sampah sarap.

Oleh yang demikian jelasnya,  peruntukkan dana  Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2021 sebanyak RM15,000 akan digunakan untuk membina sistem perparitan yang konkrit termasuk membersih dan mendalam parit tanah dari lorong 1 hingga parit utama kampung Bumbok.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan memberitahu, projek tersebut akan dilaksanakan oleh pihaknya, dan tender akan dibuka kepada kontraktor pada tahun ini. -EDISI UKAS

Share

add comment