UNIFOR Bantu Kebebasan Beragama Di Sarawak

JUMAAT, 19 MAC 2021

MIRI: Kerajaan Sarawak di bawah Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg komited dalam memperjuangkan kebebasan beragama di Sarawak. 

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, ini kerana penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di bawah Jabatan Ketua Menteri telah membantu kepada kebebasan beragama di negeri ini khususnya dalam menaik taraf infrastruktur dan aktiviti rumah ibadat. 

“Terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Embas kerana telah menubuhkan UNIFOR. 

“Kerajaan Sarawak telah menyuntik dana kepada UNIFOR bagi tujuan membantu rumah-rumah ibadat dan menyifatkan Ketua Menteri begitu komited dalam membantu dan memastikan kebebasan beragama di Sarawak,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas mengadakan lawatan ke rumah ibadat di sekitar bandaraya Miri bersama dengan Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) Richard Lon pada Khamis.

Sebanyak 12 buah rumah ibadat sekitar bandaraya Miri selama dua hari pada Rabu dan Khamis seperti BEM Pelita Miri, Gereja Methodist Iban Miri, BEM Community Lutong, Persatuan Kebudayaan Ming De dan BEM Glory Emart, Tudan. 

Turut dilawati Tudan Methodist Church, BEM Miri Airport, Pertubuhan Gudrwara Sahib Miri, St Columba Kindegarden Miri

10. Dewa Some Shak Lung Kung Miri, Miri Buddhist Society (1993) dan Taoism Lian Hua San-San Ching Miri. 

Tambah Datuk Sebastian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, beliau berasa bangga bahawa Sarawak menghargai nilai kebebasan beragama dan adalah diharapkan agar usaha ini diteruskan kepada generasi akan datang.

“Inilah keistimewaan yang ada pada Sarawak dengan kepelbagaian 27 etnik dan mampu hidup dengan aman dan harmoni seperti yang sering disebutkan dalam penubuhan Malaysia sebelum ini yang amat dibanggakan dan perlu diteruskan,” tambahnya. 

Pengarah UNIFOR dalam rangka lawatan ke bandaraya Miri atas jemputan Datuk Sebastian Ting bagi melihat sendiri keadaan rumah-rumah ibadat di sekitar Miri. -EDISI UKAS

Share

add comment