150 Orang Terima Dos Vaksin COVID-19 Kali Kedua Di Serian

SABTU, 20 MAC 2021

SERIAN: Seramai 150 orang telah menerima suntikan dos vaksin COVID-19 bagi kali kedua di Dewan Masyarakat Serian pada Sabtu.

Antara yang terlibat adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup, Martin Ben, Residen Bahagian Serian, Tuah Suni, Setiausaha Politik kepada Ketua Sarawak, Dr. Simon Sinang Bada, Pegawai Daerah Tebedu, Joseph Liaw dan Ketua Polis Bahagian Serian, DSP Aswandy Anis.

Kakitangan barisan hadapan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Bahagian Serian turut menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi kali kedua.

Menurut Ketua Penyelaras Program, Dr Edmund Shin, penerima vaksin untuk kali kedua adalah kumpulan penerima fasa pertama yang diadakan pada 27 Februari lepas.

Tambah beliau, program suntikan akan diteruskan minggu hadapan iaitu pada 26 dan 27 Mac ini.-EDISI UKAS

Share

add comment