16 Penduduk Kampung Sebuak Terima Sumbangan Bekalan Makanan

SABTU, 20 MAC 2021

PADAWAN: Seramai 16 orang penduduk yang dikuarantin di Kampung Sebuak telah menerima sumbangan bekalan makanan.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu kitang, Lo Khere Chiang merangkap Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan dan Pengerusi Persatuan Penggerak Kemajuan Kota Padawan, Albert Lee Joo Hee pada Sabtu.

ADUN Batu Kitang itu memberitahu, mereka yang dikuarantin merupakan petugas barisan hadapan yang bekerja di hospital.

Justeru, Khere Chiang menasihati penduduk setempat untuk sentiasa berhati-hati dengan menjaga kebersihan diri dan berwaspada dengan mematuhi Porsedur Operasi Standard (SOP) bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Sebuak, Amit Bakati merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan yang diberikan kepada keluarga yang dikuarantin itu.-EDISI UKAS

Share

add comment