ADUN Kedup Tinjau Projek Di Kampung Tong Nibong

SABTU, 20 MAC 2021

SERIAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup, Martin Ben meninjau beberapa projek di Kampung Tong Nibong pada Jumaat.

Antara projek yang ditinjau adalah tapak projek untuk membina dewan serbaguna yang menggunakan peruntukan dana Projek Tansformasi Luar Bandar (RTP) tahun 2021 berjumlah RM350,000.

Dalam pada itu, beliau berkesempatan melihat ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk bergotong royong menyiapkan pondok tanah perkuburan dan pondok mengisar padi.

Pondok-pondok tersebut dibina menggunakan peruntukan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM15,000 yang diberikan pada tahun 2020.

Sementara itu, Ketua Kampung Tong Nibong, Martin Mundau memberitahu, kedua-dua pondok dijangka dapat disiapkan dalam tempoh dua bulan. -EDISI UKAS

Share

add comment