ADUN Tasik Biru dan ADUN Serembu Terima Dos Kedua Suntikan Vaksin

SABTU, 20 MAC 2021

BAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep dan ADUN Serembu, Miro Simuh antara individu yang melengkapkan dos suntikan vaksin COVID-19 pada Sabtu.

Kedua wakil rakyat itu tampil menerima suntikan dos kedua vaksin jenis Pfizer-BioNTech pada jam 8:30 pagi di Klinik Kesihatan Singai, Bau.

Sebelum ini, kedua ADUN itu telah menerima suntikan dos vaksin yang pertama pada 27 Februari lepas di klinik yang sama dan suntikan kedua diterima mereka selepas genap 21 hari.

Turut menerima dos kedua vaksin itu adalah Pegawai Daerah Bau, Anielia Siam.

Selepas menerima suntikan kedua-dua ADUN dan Pegawai Daerah dibawa ke ruang pemerhatian selama 30 minit bagi memantau kesan sampingan oleh Pegawai Perubatan, Dr Gerald Sim Lai Meng.

Seramai 35 petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Singai, Klinik Kesihatan Siniawan, Klinik Kesihatan Serasot, Klinik Kesihatan Krokong dan Pejabat Kesihatan Bau turut menerima dos kedua yang sama pada hari ini. – EDISI UKAS

Share

add comment