Bangunan Baharu SK Nanga Gayau Dijangka Siap Januari 2022

SABTU, 20 MAC 2021

SPAOH: Projek pembinaan bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) SK Nanga Gayau dijangka siap pada Januari 2022.

Bangunan tiga tingkat yang terdiri daripada bilik darjah, bilik guru, makmal sains dan pejabat dibina dengan kos sebanyak RM7 juta.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat telah meninjau perkembangan projek pada Sabtu.

Sebahagian daripada bangunan sekolah yang mempunyai murid seramai 128 orang itu akan terjejas untuk memberi laluan kepada pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo.

Projek bangunan baharu sekolah tersebut telah bermula Julai 2020.

Datuk Amar Douglas Uggah dan Datuk Robert Lawson turut meninjau Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di rumah panjang Nanga Paun, Rumah Jame di Lubuk Kelampu dan Rumah Mendit, Penom.-EDISI UKAS

Share

add comment