Datuk Amar Douglas Uggah Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Benedict Blaki

SABTU, 20 MAC 2021

SPAOH: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Benedict Blaki Lawrence Sanggat di rumah panjangnya di Tanjong, Paku, Spaoh pada Sabtu.

Mendiang berusia 56 tahun merupakan pegawai Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang bertugas di Bahagian Betong disahkan meninggal dunia pada Khamis dan meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan.

Antara wakil rakyat dan kenamaan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang adalah Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat, Ahli Dewan Undangan Negeri Layar, Gerald Rentap Jabu dan Setiausaha Politik Ketua Menteri, Dr. Richard Rapu.

Terdahulu Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan UKAS, Abdullah Saidol dan Pengarah UKAS, Samat Junai memberi penghormatan terakhir kepada mendiang pada Jumaat.

Mendiang akan dikebumikan pada Isnin. -EDISI UKAS

Share

add comment