SABTU, 20 MAC 2021
KUCHING: Suntikan dos vaksin Pfizer-BioNTech adalah selamat dan proses suntikan tidak menyakitkan.
Berikut menurut Menteri Kebajikan, kesejahteraan komuniti, wanita, keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Dato’ Sri Fatimah Abdullah ketika ditemui selepas menerima suntikan COVID-19 dos kedua di Stadium Perpaduan, Petra Jaya pada Sabtu.
Beliau turut menyeru rakyat khususnya guru taska dan tadika supaya tidak khuatir dan menggalakkan setiap rakyat divaksin supaya dapat melindungi diri dan orang lain.
“Suntikan dos kali kedua ini saya rasa kurang sakit berbanding dos kali pertama sebelum ini dan dari segi kesan sampingannya memang tiada.
“Dengan itu saya ingin menyeru kepada rakyat Sarawak khususnya kepada golongan iaitu guru-guru taska dan tadika supaya jangan merasa khuatir, proses vaksinasi itu tidak sakit dan InshaAllah ianya selamat.
“Kita perlu divaksin supaya kita dapat lindungi diri dan juga lindungi orang yang kita jaga terutama kanak-kanak yang kita didik di dalam taska dan tadika,” katanya. -EDISI UKAS