Lukanisman Tunai Janji, Serah Geran Kepada JKKK Dan Gereja

SABTU, 20 MAC 2021

MIRI: Seperti yang dijanjikan sebelum ini, Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni mengadakan lawatan ke Kampung Bukit Bom bagi menyerahkan geran sebanyak RM5,000 dan pada yang sama mengumumkan peruntukan RM50,000 bagi kegunaan bina baru Bumbung Dewan Terbuka Kampung Bukit Bom.

Selepas itu, beliau telah bergerak ke gereja St Michael Batu Niah bagi menyerahkan geran kepada Jawatankuasa Wanita Gereja St Michael Batu Niah berjumlah RM3,000. 

Dalam pada itu, Lukanisman turut meluluskan permohonan pihak gereja seperti laptop dan projektor, pembersih tangan, pelitup muka dan mesin pengimbas suhu sebagai mematuhi SOP untuk memutuskan rantaian COVID-19. 

Sementara itu, turut diserahkan geran ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Tambie Batu Niah berjumlah RM5,000. -EDISI UKAS

Share

add comment