Nancy Tinjau Pembinaan Waterfront Limbang

SABTU, 20 MAC 2021

LIMBANG: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Dato Sri Nancy Syukri telah mengadakan lawatan ke Taman Tasuk Bukit Mas Limbang pada Jumaat. 

Dalam lawatan itu, beliau telah diberikan taklimat ringkas mengenai progres dan status projek semasa pembinaan Waterfront Limbang yang dijangka siap pada September 2021.

Waterfront Limbang sejauh 1.6 kilometer dan ikon terbaru di Daerah Limbang serta merupakan waterfront terpanjang di Sarawak. 

Dato’ Sri Nancy dan rombongan mengadakan lawatan kerja ke limbang bermula 18 hingga 21 Mac 2021 untuk meninjau potensi produk pelancongan yang ada di Daerah Limbang.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang, wakil Residen Bahagian Limbang Cherylynna Leeza Roland, Walikota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat, Setiausaha Majlis Daerah Limbang Petrick Linggi Taboh dan Jurutera Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Abang Hisham Abang Othman. -EDISI UKAS

Share

add comment