PPRMS Terbukti Bantu Rakyat Miliki Kediaman Selesa Dan Selamat

SABTU, 20 MAC 2021

SEBUYAU : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi mengadakan lawatan kerja ke Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) di Kampung Lubok Manta, pada Jumaat.

Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, PPRMS terbukti banyak membantu golongan kurang berkemampuan untuk memiliki kediaman yang selesa dan selamat.

Mengambil contoh, salah seorang penerima,Raket Amis telah mendapat manfaat daripada PPRMS dengan bantuan baik pulih seperti atap, dinding dan lain-lain keperluan.

Ini kerana, Pusat Khidmat DUN Sebuyau sentiasa memantau keperluan yang diperlukan oleh golongan sasar di kawasan itu dan memaklumkan segera kepada beliau untuk tindakan lanjut.

Tambah Datuk Julaihi, setiap rakyat berhak merasai keselesaan hidup termasuk keselamatan yang terjamin memandangkan Sarawak kini semakin membangun menjadi negeri termaju menjelang 2030. -EDISI UKAS

Share

add comment