408 Warga Matu Tanpa Akaun Bank Tunai BPN 2.0

AHAD, 21 MAC 2021

MATU: Program Penunaian Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 bagi individu yang tiada akaun bank diteruskan di Matu.

Program anjuran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan kerjasama Pejabat Daerah Matu menyaksikan seramai 408 penerima menunaikan bantuan masing-masing bertempat di Dewan Suarah Matu pada Sabtu.

Agensi yang turut sama membantu termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Perbendaharaan Malaysia Sarawak, Bank Simpanan Nasional, APM, RELA, PDRM dan Bomba.

Selain itu, turut dilaksanakan pendaftaran baharu dan kemaskini maklumat Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.

Program penunaian dibahagikan kepada sesi pagi (8.30-11.30) dan petang (1.30-4.30) dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Penerima yang hadir dari pelbagai usia amat berpuashati dengan layanan yang diberikan serta sistem yang amat teratur memudahkan urusan diselesaikan.

Mereka juga amat berterima kasih kepada semua agensi yang terlibat kerana banyak membantu dalam menjimatkan masa, tenaga serta wang mereka untuk pergi ke bank yang berada jauh dari kawasan ini bagi menunaikan baucer.

Penerima juga meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada kerajaan atas bantuan ini kerana dapat meningankan beban mereka ketika negara sedang dilanda pandemik COVID-19. – EDISI UKAS

Share

add comment