ADUN Beting Maro Sumbang 433 Beg Bakul Makanan Kepada Golongan Memerlukan

AHAD, 21 MAC 2021

PUSA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor meneruskan usaha membantu golongan memerlukan di sekitar Pusa dengan menyumbang sebanyak 433 beg bakul makanan pada Ahad.

Bantuan tersebut disumbangkan kepada penduduk kampung yang dikuarantin selama 14 hari setelah mereka menjalani ujian calitan pada minggu yang lepas.

Selain itu, bakul makanan itu juga bagi meringankan beban mereka yang memerlukan semasa menjalani kuarantin.

Penerima terdiri daripada Kampung Hulu Beladin (90), Kampung Hilir Beladin (102), Kampung Tengah Beladin (209), SK Beladin (4), SMK Beladin (7), Klinik Kesihatan Beladin (2), Kampung Semarang (8), Kampung Spinang (4), Kampung Dato Godam (3) dan dua orang daripada Kampung Maludam (pelajar sekolah SMK Beladin).

Bantuan tersebut disampaikan kepada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) masing-masing.

JKKK Kampung dalam pada itu menasihati orang ramai yang ingin ke pasar untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dan sentiasa menjaga keselamatan diri serta tidak keluar rumah jika tiada keperluan buat masa ini.

Menurut Pengerusi JKKK Kampung Hilir Beladin, Majenah Kiong, JKKK akan sentiasa memantau, meninjau keadaan semasa dan memberi maklumat dari masa ke semasa mengenai SOP yang telah ditetapkan serta berharap agar bantuan daripada Pusat Khidmat Beting Maro dapat memberi sedikit manfaat kepada yang menerima bantuan tersebut.

Sementara itu, penduduk Kampung Beladin dan sekitarnya mengucap ribuan terima kasih kepada ADUN Beting Maro kerana sudi menyumbang bakul makanan kepada yang memerlukan. – EDISI UKAS

Share

add comment