ADUN Tarat Serah Surat Makluman Projek RTP 2021

AHAD, 21 MAC 2021

TARAT: Ketua-ketua kampung di kawasan Panchor telah menerima surat makluman bagi projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2021 di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Barie.

Serahan tersebut telah disampaikan oleh Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee pada Sabtu.

Antara projek yang akan dijalankan ialah menaik taraf padang bola sepak Kampung Lintang Baru dengan kos bernilai RM50,000, membaik pulih dewan Sekolah Kebangsaan Rituh (RM200,000) dan membina baru bilik gerakan Kampung Panchor Dayak (RM100,000)

Selain itu, beliau juga menyampaikan Kenyalang Gold Card (KGC) kepada ketua-ketua kampung yg mewakili penerima di kampung masing-masing.-EDISI UKAS

Share

add comment