Datuk Julaihi Narawi & Jawatankuasa Pengelola Tinjau Persiapan Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Jambatan Batang Lupar

AHAD, 21 MAC 2021

SEBUYAU: Menteri Muda Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi meninjau persiapan akhir dan raptai penuh Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Jambatan Batang Lupar/Projek Rangkaian Jalan Persisir Sarawak pada Ahad.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dijangka hadir menyempurnakan majlis berkenaan pada pukul 10 pagi, Selasa ini di pekarangan Tapak Jambatan Batang Lupar Sebuyau iaitu kira-kira 1.5 kilometer dari Pangkalan Feri Sebuyau.

Datuk Julaihi Narawi merangkap Pengerusi Pengelola Jawatankuasa majlis berkenaan kemudian meninjau persiapan di Dewan Pembangunan Sebuyau untuk para jemputan melihat majlis berkenaan siaran secara langsung atau secara maya.

Turut hadir adalah Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datu Safri Zainuddin dan Residen Bahagian Samarahan, Brahim Lumpu. -EDISI UKAS

Share

add comment