Jentera PRN DUN Tanjong Datu Dimantapkan, Mampu Gerak Secara Efektif

AHAD, 21 MAC 2021

LUNDU : Satu program pemantapan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu telah diadakan di Dewan Mahligai Gading, pada Sabtu.

Perincian program yang dihadiri ahli-ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak dan ranting PBB Tanjong Datu itu tertumpu kepada kepentingan media, pengurusan dan tanggungjawab di dalam gerak kerja pilihan raya serta isu dan senario politik semasa.

Berucap semasa program tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Datin Patinggi Jamilah Anu berharap agar jentera parti mampu bergerak secara efektif dengan mematuhi garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 semasa tempoh berlangsungnya PRN nanti.

Tambahnya, antara perkara yang perlu dititikberatkan adalah apabila menggunakan media, kerana ia mudah disalahgunakan.-EDISI UKAS

Share

add comment