JKKK Di Tasik Biru Perlu Proaktif Dalam Pelaksanaan RTP

BAU: Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan DUN Tasik Biru diseru untuk lebih proaktif terlibat dalam pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di kampung masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep berkata, JKKK juga dikehendaki untuk menyediakan skop kerja projek yang hendak dilakukan sebelum dipanggil untuk mesyuarat oleh agensi berkaitan.

Jelas beliau, kelulusan terakhir pelaksanaannya adalah di bawah tanggungjawab Pejabat Daerah mengikut kaedah yang digunapakai yang telah diluluskan.

“Setiap JKKK harus mengadakan mesyuarat dan ketua kampung jangan buat keputusan sendiri bagi mengelakkan aduan. Itu sebabnya hari ini dipanggil Ketua Kaum, Pengerusi dan Setiausaha dan ahli jawatankuasa supaya kerja ini dibuat lebih telus dan JKKK harus tahu.

“Untuk projek RTP tahun ini ada perubahan sedikit di mana kerajaan telah memberi tanggungjawab kepada JKKK yang mana projek yang boleh dikendalikan oleh pihak JKKK sendiri,” katanya semasa Taklimat Penyerahan Notis Kelulusan Projek RTP 2021 daripada kerajaan Sarawak di Bung Konis, Tanjong Bowang pada Sabtu.

Hadir sama, Pegawai Daerah Bau, Anielia Siam.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, selagi kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memerintah Sarawak, projek seumpamanya adalah berterusan mengikut keperluan.

“Peruntukkan 2021 adalah peruntukan yang terakhir untuk satu penggal wakil rakyat GPS dan ini adalah jumlah ke RM25 juta untuk 5 tahun. Begitu juga dengan ahli Parlimen GPS akan mendapat RM5 juta juga tetapi untuk kawasan Mas Gading kita tidak ada peruntukkan RM5 juta sebab kita tidak ada wakil rakyat daripada GPS.

“Wakil rakyat pembangkang tidak mendapat sebarang peruntukkan RTP dan begitu juga dengan kawasan Opar. Sebab wakil rakyat dan ahli parlimen adalah bukan dari GPS,” katanya lagi.

Jelas Henry lagi, tahun ini adalah langkah untuk memajukan Bau dalam tahun 2030 sejajar dengan negeri Sarawak maju dalam tahun 2030.

“Greater Bau adalah satu ungkapan yang kita gunakan untuk terus membangunkan seluruh kawasan Bau, meliputi kawasan Tasik Biru, Serembu dan sebahagain Opar dan Batu Kitang. Semua kawasan ini mempunyai detik sejarah bagaimana Bau boleh menjadi satu daerah sepanjang selama 200 tahun,” katanya.

Beliau kemudiannya menyerahkan surat kelulusan RTP 2021 kepada Pejabat Daerah Bau untuk naik taraf bangunan kuarters kerajaan sebanyak RM45,000.

Manakala tiga sekolah yang terima peruntukkan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Jagoi untuk naik taraf kemudahan awam sekolah sebanyak RM80,000, SK Stass untuk naik taraf dewan sebanyak RM100,000, SK Atas untuk naik taraf dewan sebanyak RM50,000, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Musi untuk bina baru dewan sekolah sebanyak RM150,000 dan SJK Chung Hua Sebuku untuk naik taraf bangunan sekolah sebanyak RM80,000.

Gereja yang turut terima peruntukkan adalah gereja St, Agnes Tsaou, Kampung Grogo untuk menaik taraf tempat letak kenderaan sebanyak RM85,000 dan Gereja Katolik St. John Singai untuk naik taraf jalan ke tapak perkuburan sebanyak RM120,000.

26 buah kampung yang terima peruntukan itu adalah Kampung Bogag untuk naik taraf sistem perparitan (RM80,000) dan naik taraf jalan Silikuog (RM100,000), Kampung Serasot II untuk naik taraf jalan pertanian di jalan Sibomua (RM100,000) dan naik taraf jalan pertanian di jalan Abang-Stupas (RM100,000), Kampung Serikin untuk naik taraf Balairaya (RM200,000) dan naik taraf jalan tanah perkuburan adat asal Kampung Serikin menuju ke tanah perkiburan gereja SIB kampung Duyoh dan naik taraf jalan Buan (RM100,000), Kampung Jagoi Duyoh untuk bina baru Jalan Noran (RM150,000), dan naik taraf jalan Pertanian ke Paya Dangau (RM80,000), Kampung Skibang untuk naik taraf Jalan Griak-Stass (RM100,000), Kampung Serasot I untuk naik taraf Jalan Serasot-Buow & Jalan Sibatuh (RM100,000), Kampung Sebobok untuk naik taraf dewan serbaguna (RM170,000), Kampung Tanjong Bowang untuk naik taraf dewan serbaguna (RM80,000), naik taraf jalan Botas-Baki (RM120,000), Bina Dewan Serbaguna Pusat Belia Tanjong (RM350,000), Kampung Bobak Sejinjang untuk naik taraf Jalan Kobag (RM50,000), Kampung Daun Ngori untuk naik taraf Jalan Adis-Bronang (RM150,000), Kampung Apar untuk naik taraf Jalan Adis-Kuong (RM80,000), Kampung Badul untuk naik taraf dewan serbaguna (RM100,000), Kampung Atas untuk naik taraf ke tanah perkuburan Sedunuk (RM70,000), Kampung Senibong untuk naik taraf jalan Botas (RM100,000), Kampung Bobak Sajong untuk naik taraf jalan Bobak-Ngori/Sodud (RM100,000) dan naik taraf bangunan dewan serbaguna (RM100,000), Kampung Daun untuk naik taraf jalan Bung Gadung (RM100,000), bina baru jalan Daun/Makau (RM50 juta), naik taraf padang bola sepak St.John (RM100,000) dan naik taraf dewan serbaguna (RM150,000), Kampung Segong untuk naik taraf jalan Petanian Sia-Bridoh (RM70,000) dan naik taraf padang bolasepak (RM100,000), Kampung Barieng untuk naik taraf bangunan dewan serbaguna (RM100,000) dan naik taraf jalan Mikoya (RM80,000), Kampung Grogo untuk jalan Lombu Padang (RM120,000), Kampung Nowang untuk naik taraf jalan Mulud Ayap (RM140,000), Kampung Suba Bau untuk naik taraf jalan Raie (RM120,000), Kampung Suba Buan untuk naik taraf bilik Biro Wanita (RM50,000), Kampung Skiat Baru untuk naik taraf jalan Pertanian (RM120,000), Kampung Melayu Bau untuk naik taraf dewan Serbaguna (RM80,000), Kampung Seberang Buso untuk naik taraf dewan Serbaguna (RM50,000) dan Kawasan Jambusan untuk naik taraf dewan serbaguna (RM200,000). -EDISI UKAS

Share

add comment