Kuching City FC Raih Tiga Mata Pertama

AHAD, 21 MAC 2021

KUCHING: Skuad Kuching City FC (KCFC) menamatkan pemburuan tiga mata pertama dalam kempen Liga Premier 2021 selepas menjinakkan PDRM FC 2-1 malam tadi.

Bertandang di kubu ‘The Cops’ di Stadium Bolasepak KL, Cheras tidak menggentarkan KCFC apabila terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi Muhammad Adam Shreen Tambi.

Anak didik Irfan Bakti semakin selesa apabila penyerang importnya, Hudson Dias De Jesus meledak gol kedua KCFC pada minit ke-47.

PDRM FC merapatkan jurang selepas dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Lazarus Kaimbi pada minit ke-76.

Bagaimanapun, ia gagal menghalang KCFC untuk memastikan kemenangan pertama sekali gus membawa pulang tiga mata penuh.

Kemenangan itu membolehkan KCFC naik ke tangga kelapan liga dengan mengumpul empat mata dari empat perlawanan setakt ini.

Skuad itu akan berdepan Negeri Sembilan FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 3 April depan. – EDISI UKAS

Share

add comment