Pasar Tani Daro Kembali Beroperasi Dengan SOP Ketat

AHAD, 21 MAC 2021

DARO: Pasar Tani Daro kembali beroperasi semula sejak tiga minggu lepas selepas arahan penutupan oleh Majlis Daerah Matu Daro (MDMD) berikutan kes Kluster Jalan Pengiran Matu yang lepas.

Ketika ini, pasar tani tersebut cuma beroperasi pada hari Ahad dari jam 6 pagi hingga 2 petang sahaja dengan sebanyak 45 khemah atau 45 orang peniaga.

Tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak pada Ahad mendapati Jawatankuasa Pasar Tani amat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak MDMD.

Malah orang ramai yang berkunjung juga mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Pasar Tani Daro menjadi tumpuan orang ramai setiap hujung minggu untuk membeli sayuran, ikan dan pelbagai barangan lain. – EDISI UKAS

Share

add comment