Petugas Barisan Hadapan Daerah Tatau Terima Suntikan Dos Pertama Vaksin COVID-19

ISNIN, 22 MAC 2021

TATAU: Para petugas barisan hadapan di Daerah Tatau mula menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di Dewan Sukan Tatau pada Ahad. 

Ketua Petugas Program Vaksinasi Kebangsaan Daerah Tatau Dr. Tiong Chong Ying berkata, proses vaksinasi melibatkan 36 petugas yang berlangsung pada hari kedua berjalan dengan lancar dan semua penerima vaksin memberi kerjasama sepenuhnya.

Menurutnya, para penerima vaksin berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana telah memberikan keutamaan kepada mereka dalam menerima dos vaksin pertama.

Sementara itu, pada hari pertama vaksinasi tersebut, seramai 60 orang terdiri daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Pejabat Daerah dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah mendapat suntikan vaksin dos pertama.

Proses vaksinasi tersebut turut dibantu oleh sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pemberian suntikan dos kedua vaksin COVID-19 pula akan dilakukan pada 10 April depan. -EDISI UKAS

Share

add comment