ADUN Simanggang Lawat Projek RTP Jambatan Gantung

ISNIN, 22 MAC 2021

SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis mengadakan lawatan ke tapak projek naik taraf jalan akses menuju ke Jambatan Gantung Rumah Tunang, Sungai Labor dan Batu Lintang Undop pada Ahad.

Tujuan pemantauan adalah untuk mengetahui secara langsung status projek yang telah diluluskan dan juga melihat sendiri pematuhan spesifikasi yang telah direka oleh agensi pelaksana.

Projek di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang berjumlah RM200,000 itu akan disiapkan tempoh 4 bulan bermula dari 7 Januari lepas hingga 6 Mei 2021.

Terdahulu projek jambatan gantung tersebut telah siap dibina namun keadaan jalan menuju ke jambatan tersebut hanya laluan tanah kuning sahaja.

Dalam pada itu juga, Datuk Francis turut melawat projek menaik taraf jalan menuju ke jambatan gantung dan jeti Rumah Richard Ijok, Baru Lintang dan Undop berjumlah RM200,000 yang telah siap sepenuhnya pada 22 Februari 2021. -EDISI UKAS

Share

add comment