ADUN Tarat Serah Projek RTP 2021 Di Ampungan Dan Tarat

ISNIN, 22 MAC 2021

SERIAN: Ketua-ketua kampung di kawasan Ampungan dan Tarat tidak ketinggalan menerima surat makluman Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2021.

Serahan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn pada Ahad.

Bagi kawasan Ampungan, diserahkan surat makluman projek bernilai RM150,000 masing-masing bagi menaik taraf Balai Raya Kampung Sebemban dan menambahbaik Gereja SDA Kampung Rayang Serian.

Seterusnya, beliau menyerahkan projek RTP bagi menaik taraf Bangsal Pertanian dan Nelayan di Kampung Ampungan bernilai RM100,000.

Bagi kawasan Tarat pula, beliau menyerahkan projek membina rumah gereja yang baru iaitu St Thaddeus Kampung Tarat Melawi berjumlah RM290,000 dan projek menyiapkan Dereja SDA Kampung Tarat Mawang, menambahbaik Balairaya Kampung Bunga dan menambahbaik Bangunan Dewan Semali Kampung Baru Mawang masing-masing bernilai RM150,000.

Seterusnya menaik taraf Gereja St Paul Chapel Kampung Tarat Melawi pula RM70,000 dan membina Bilik Gerakan Kampung Tarat Mawang RM50,000.00.

Turut disampaikan Kenyalang Gold Card (KGC) kepada ketua-ketua kampung bagi mewakili penerima di kampung masing-masing.-EDISI UKAS

Share

add comment