Pasukan Bravo Juarai Pertandingan Badminton Regu Berpasukan Piala Ketua Balai BBP Lawas 2021

ISNIN, 22 MAC 2021

LAWAS: Pasukan Bravo muncul juara Pertandingan Badminton Regu Berpasukan Piala Ketua Balai BBP Lawas 2021 anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Lawas yang diadakan di Dewan Mega Sports pada Ahad. 

Mereka berjaya mengalahkan Pasukan Charlie sekaligus muncul juara dalam melibatkan Bahagian Pengurusan Pembangunan Organisasi dengan tempat ketiga dimenangi Pasukan Alpha. 

Objektif penganjuran pertandingan badminton ini bertujuan mengeratkan hubungan antara pegawai kanan, pegawai dan anggota. 

Selain itu, ia juga dapat mencungkil bakat pegawai-pegawai serta memberikan pendedahan dalam menyertai satu-satu pertandingan. 

Aktiviti sukan ini secara tidak langsung dapat mengekalkan prestasi kecergasan kepada pegawai-pegawai dan anggota dalam menghadapi tugasan seharian.

Hadir sama Ketua zon 7 Limbang Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal, Ketua Balai Zaki Hussin dan Pegawai Zon 7 Limbang Azman Ibrahim. -EDISI UKAS

Share

add comment