Pelan Antirasuah Bercirikan ‘Good Governance’ Hasilkan Perkhidmatan Cemerlang

ISNIN, 22 MAC 2021

KUCHING : Agensi-agensi di bawah Kementerian Utiliti Sarawak diharap dapat menyediakan Pelan Antirasuah bercirikan tadbir urus yang baik atau ‘good governance’ dalam memberi perkhidmatan yang cemerlang, terutama kepada pengguna.

Demikian menurut Menteri Utiliti Sarawak,Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom semasa berucap di Majlis Sambutan Hari Integriti & Pra Pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi Lembaga Air Kuching (LAK) 2021-2025 bersempena sambutan Hari Air Sedunia, di Kuching pada Isnin.

Jelasnya, pelan tersebut penting sebagai garis panduan untuk kementerian dan agensinya memperhalusi program yang sedia ada serta rancangan-rancangan masa hadapan.

Sehubungan dengan itu katanya, bagi melaksanakan perkhidmatan bekalan air yang bersih, Grid Master Plan telah dirancang dengan terperinci melibatkan agensi-agensi seperti Kuching Water Board (KWB), Sibu Water Board (SWB), LAKU dan JBALB.

Hadir sama dalam majlis tersebut,Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air),Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti Sarawak,Dato Alice Jawan, ADUN Batu Kitang merangkap Ahli Lembaga Pengarah KWB,Lo Kheere Chiang, Pengurus Besar KWB,Rodziah Mohamad, Pengarah Unit Integriti & Ombudsman Negeri,Adana Jed serta Pengarah JBALB,Ir. Chang Kuet Shian.- EDISI UKAS

Share

add comment