Penduduk Enggan Dikuarantin Di Hotel, Alasan Jaga Ternakan Dan Biji Sawit

ISNIN, 22 MAC 2021

SUBIS: Seramai 14 orang penduduk Rumah Danggang Sungai Saeh, Kelatop, Niah telah dibawa ke pusat kuarantin di Hotel Emart Riam pada Ahad selepas salah seorang penduduknya telah dikesan positif COVID-19 menerusi ujian calitan baru-baru ini. 

Bagaimanapun, 10 orang penduduk ingkar arahan dan enggan memberikan kerjasama untuk dikuarantin atas alasan menjaga ternakan dan biji sawit mereka. 

Sebelum ini, Rumah Danggang telah diarahkan Perintah Sekatan Pergerakan bermula 8 hingga 22 Mac kerana mempunyai kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

Selain Pejabat Daerah Subis dan KKM, agensi kerajaan lain yang turut serta ialah Pejabat Kesihatan Bahagian Miri, Ibu Pejabat Polis Bahagian Miri, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion Ke-12, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). -EDISI UKAS

Share

add comment