Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Kampung Hilir Supa

ISNIN, 22 MAC 2021

SPAOH: Sebuah rumah di Kampung Hilir Supa, Spaoh musnah dalam kebakaran yang berlaku pada malam Ahad.

Insiden berlaku kira-kira jam 9.30 malam itu turut merosakkan sebuah rumah berhampiran.

Pihak Bomba tiba di lokasi lebih kurang pada jam 10.30 malam dan berjaya memadam kebakaran tersebut dalam tempoh 50 minit.

Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan dan sumber mendapati ianya berpunca daripada litar pintas yang berlaku di rumah tersebut. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Rumah yang musnah 100 peratus milik Maseni Hassan (55) manakala rumah yang rosak milik Junai Harun (54).

Sementara itu, Ranting PBB Kampung Hilir Supa pagi tadi tampil menghulurkan bantuan awal berupa barangan makanan kepada mangsa kebakaran sementara menunggu bantuan dari Pihak Jabatan Kebajikan Bahagian Betong.

Penyerahan disempurnakan oleh Pengerusi Ranting PBB Kpg Hilir Supa, Abg Bawi Abg Nor.

Abg Bawi juga memaklumkan ADUN Saribas, Mohammad Razi Sitam telah memohon tindakan segera dari SAO Daerah Kecil Spaoh untuk segera mengurus permohonan bantuan dari pihak Jabatan Kebajikan Betong agar bantuan ini dapat dihulurkan dengan kadar segera. – EDISI UKAS

Share

add comment