Tinjauan Pematuhan PKPB Di Sri Aman

ISNIN, 22 MAC 2021

SRI AMAN: Dalam usaha membendung wabak COVID-19, pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Sri Aman telah dilaksanakan pada Ahad.

Pemantaun tersebut telah dijalankan di beberapa premis makanan, pasar raya dan lain lain premis yang beroperasi sepanjang PKPB.

Hasil tinjauan tersebut mendapati rata rata pemilik premis dan pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Amalan norma baharu terutamanya penjarakan sosial di antara meja dengan meja yang lain juga dilaksanakan dengan baik. – EDISI UKAS

Share

add comment