42 Projek PPRT Bagi Zon 1 Tahun 2020 Siap Sepenuhnya

SELASA, 23 MAC 2021

SERIAN: Kesemua 42 projek di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi Zon 1 Tahun 2020 melibatkan Daerah Tebedu siap sepenuhnya.

Pada tahun 2020 Pejabat Daerah Tebedu telah menerima sebanyak 34 projek baik pulih dan lapan bina baharu ini adalah fasa pertama.

Manakala, terdapat 11 projek baik pulih lagi bagi fasa kedua iaitu di bawah projek Residensi Prihatin.

Dana projek adalah daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak sebagai pemantau atau penyelia dan Pejabat Daerah Tebedu pula sebagai agensi pelaksana. -EDISI UKAS

Share

add comment