9 Projek Pembersihan Sungai Bernilai RM10.4 Juta Dijangka Selesaikan Masalah Banjir Kilat Di Miri

SELASA, 23 MAC 2021

MIRI: Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin telah mengadakan tinjauan ke kawasan Tudan, Permyjaya dan Desa Senadin yang kerap di landa banjir kilat setiap kali musim tengkujuh pada Januari dan Februari lepas. 

Tinjauan ini bertujuan mengenal pasti punca masalah sebenar banjir kilat itu. 

Sebelum ini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Miri telah diarahkan untuk mengambil tindakan pantas dan berjaya mendapatkan peruntukan bagi mengatasi banjir kilat ini. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa meninjau kawasan Sungai Adong Miri pada Selasa. 

Peruntukan dari Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan  telah diperolehi untuk memulakan projek pembersihan sungai termasuk kerja-kerja pembersihan tumbuhan akuatik seperti bunga teratai, rumpai air, sampah dan serpihan yang terdapat di permukaan sungai terbabit.

Dalam pada itu, 9 projek pembersihan sungai sedang dilaksanakan di Bahagian Miri dengan 5 projek dibiayai Kerajaan Sarawak dan 4 projek dari Kerajaan Persekutuan dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM10.4 juta. 

Antara Projek Pembersihan Sungai di bawah Kerajaan Sarawak ialah Proposed River Clearing Works at Sungai Adong, Proposed River Clearing Works a Sungai Miri, Proposed Clearing and Desilting Works of Existing Earth Drain at Jalan Indah 3 Desa Pujut Miri, Proposed Celaring of Existings Stream at Jalan Perdana Tudan Desaras, Miri dan Proposed Clearing Works of Existing Earth Drain at Tudan Phase 3 and 5

Sementara itu, Projek Pembersihan Sungai di bawah Kerajaan Persekutuan ialah Proposed Maintenance of Existing Retention Pond at Senadin Fasa 7, Proposed Maintenance of Existing Retention Pond at Curtin River Phase 7 Senadin dan Maintenance Works of Existing Retention Pond at Senadin

Daripada jumlah itu, masing-masing RM320,000 daripada Kerajaan Sarawak dan RM720,000 daripada Kerajaan Persekutuan dengan kesemua projek ini dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan bulan Julai ini. -EDISI UKAS

Share

add comment