SELASA, 23 MAC 2021
SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang menyerahkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada beberapa penerima di Bahagian Sri Aman.
Antara penerima cek MRP tersebut adalah Pejabat Daerah Sri Aman (RM5,000) dan masing-masing RM4,000 kepada Pejabat Daerah Kecil Lingga dan Pejabat Daerah Kecil Pantu.
Pegawai Daerah Sri Aman, Ashree Wee mewakili Pejabat Daerah Kecil Lingga dan Pejabat Daerah Kecil Pantu menerima cek daripada ADUN pada Isnin. -EDISI UKAS
Share