AHAD, 23 MAC 2021
NYABOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir sentiasa memastikan setiap penduduk di kawasan Kabong menikmati kemudahan yang selesa khususnya bekalan air bersih.
Sehubungan itu, beliau bersama pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Saratok telah memantau kerja penyaluran air di Simpang Nyabor pada Isnin untuk manfaat penduduk khasnya di Kampung Gerigat.
Aktiviti pemantauan beliau bermula pada jam 10.30 pagi Isnin dan berakhir pada jam 2.30 pagi Selasa.
Usaha ini adalah untuk merealisasikan impian penduduk di Kampung Gerigat mendapatkan bekalan air bersih.
Hadir sama Penghulu Batni Saidon, Ketua Kampung (KK) Kampung Nyabor Baru Bakihan Nani dan KK Kampung Nyabor Lama Abang Ahmad Abang Ali.-EDISI UKAS
Share