ADUN Layar Terima Suntikan Dos Kedua Vaksin COVID-19.

SELASA, 23 MAC 2021

BETONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Gerald Rentap Jabu pada Sabtu menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Dewan Panglima Rentap.

Beliau tiba di pusat pemberian vaksin tersebut pada jam 8.30 pagi untuk menerima suntikan vaksin berkenaan.

Selepas menerima suntikan, beliau dibawa ke ruang pemantauan selama 15 hingga 30 minit untuk melihat sekiranya berlaku reaksi susulan atau kesan sampingan.

Turut sama menerima dos kedua, Residen Bahagian Betong Friday Belik dan wakil kepada Ketua Polis Daerah Betong ASP Standly Mawat.

Terdahulu ADUN Layar dan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di situ menerima suntikan vaksin pertama pada 27 Februari 2021.

Ketika ditemui, Gerald memberitahu program vaksinasi fasa pertama itu sebagai salah satu persiapan pemberian vaksin kepada kepada masyarakat umum untuk fasa seterusnya.

Justeru, beliau menyarankan sesiapa yang belum mendaftarkan diri untuk mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual di Pejabat Daerah Betong.-EDISI UKAS

Share

add comment