Datuk Julaihi Narawi Menyerikan Program Santai Jom Berami Makan Payak

SELASA, 23 MAC 2021

SEBUYAU: Selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Lupar, Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi sempat meluangkan masa untuk menyerikan Program Santai Jom Berami Makan Payak bersama masyarakat Kampung Tebelu di pekarangan Surau Darul Nikmat pada Selasa.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau juga mengambil kesempatan untuk beramah mesra dan mendengar permasalahan para nelayan pesisir pantai dan beramah mesra bersama golongan belia.

Program Jom berami makan payak atau udang adalah inisiatif para nelayan dan belia untuk membawa Datuk Julaihi menyaksikan hasil laut yang ditangkap oleh para nelayan di Kampung Tebelu.

Simbolik merebus payak turut dilakukan oleh Datuk Julaihi dengan kira-kira 200 kilogram payak telah disediakan untuk tetamu yang hadir.

Hadir sama, Residen Bahagian Samarahan, Brahim Lumpu, Pegawai Tadbir Sarawak, Sebuyau, Ajis Ahmad, Pemanca Daerah Simunjan, Asli Yahya, Ketua Masyarakat Kampung Tebelu Hulu, Polly Mat dan Ketua Masyarakat Kampung Tebelu Hilir, Setil Sauli. -EDISI UKAS

Share

add comment