Dos Kedua Program Suntikan Vaksin Covid-19 Fasa 1 Di Sarikei

SELASA, 23 MAC 2021

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing dan ADUN Meluan, Rolland Duat Jubin telah menerima dos kedua suntikan vaksin COVID-19 Pfizer Biontech fasa satu di Klinik Kesihatan Daerah Sarikei, pada Isnin.

Mereka telah menerima dos pertama suntikan vaksin tersebut pada 1 Mac yang lepas.

Ketika ditemui, Datuk Ding menyokong program vaksinasi di atas keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

“Saya rasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri adalah kerajaan yang mengambil berat dan mereka telah mewujudkan pakej (program) ini untuk membantu rakyat.

“Ianya penting bagi membantu mereka terutamanya untuk golongan berpendapatan rendah menghadapi kesukaran pada masa ini,” ujar beliau.

Sementara itu, Rolland Duat Jubin melihat program vaksinasi fasa pertama ini sebagai salah satu persiapan pemberian vaksin kepada masyarakat umum di dalam fasa berikutnya dan menegaskan agar masyarakat tidak takut untuk menerima vaksin tersebut.

“Kita berharap orang ramai khususnya di luar bandar jangan mudah percaya dengan maklumat tidak sahih yang menggangap suntikan vaksin COVID-19 memudaratkan tetapi sebenarnya mendatangkan kebaikan untuk mengekang wabak ini,” katanya.–EDISI UKAS

Share

add comment