Penghuni Rumah Panjang Gait, Mujau Keranggas Terima Bantuan Makanan

SELASA, 23 MAC 2021

ENGKILILI: Seramai 16 ketua isi rumah di Ulu Skrang menerima bantuan bakul makanan daripada PBB Cawangan PBB Engkilili.

Penyerahan bantuan makanan itu adalah disebabkan penghuni di rumah panjang tersebut masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 25 Mac ini.

Sumbangan yang diserahkan pada Isnin adalah bagi meringankan beban penghuni rumah panjang yang terjejas.

Penduduk juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan oleh kerajaan dalam memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Pasukan keselamatan juga ditugaskan untuk mengawasi pergerakan penduduk rumah panjang serta orang perseorangan agar tidak bolos keluar dan masuk daripada zon larangan. -EDISI UKAS

Share

add comment